Tuesday, June 22, 2010


wawasan bag
Originally uploaded by abangisaifuddin
Dua hari yang lepas saya berpeluang untuk menghadiri satu preview yang dikelolakan oleh Wawasan Open University. Al-maklum la WOU ni masih baru lagi, sudah tentu pembawaan yang ingin dibawa berbeza dengan universiti2 yang lain.

Semasa preview tersebut, kami telah diterangkan dengan tujuan penubuhan Wawasan Open University iaitu semua orang mempunyai kesaksamaan peluang (equal opportunity) untuk melanjutkan pengajian dalam bidang yang mereka minati.

Semasa sesi soal jawab (Q&A session), saya bertanya kepada salah seorang pegawai yang terlibat memandangkan saya sendiri tidak pasti apa yang saya akan dapat jika (what I will gain) saya menuntut di institusi ini sedangkan saya sudah ada degree malahan post graduate diploma pun sudah dimiliki serta pekerjaan yang tetap dalam sektor kerajaan.

Dengan mudah beliau menjawab, masa depan penuh dengan perkara yang berupa ketidakpastian (unpredictable). Beliau menambah lagi bahawa sebagai Muslim kita wajib mempunyai individu yang mahir atau tahu dalam perkara2 fardhu kifayah. Farhu kifayah ni bukan mandi mayat je, bukan solat jenazah je. Saya mengangguk2 sebagai tanda faham dan setuju dengan kenyataan beliau.

Setelah saya fikir secara separuh masak (ayat salah ni), saya ambil keputusan untuk further study (walhal tak jauh pun) dari rumah. OK, saya ingin suatu perubahan pada diri saya. mungkin dahulu saya tidak berpeluang untuk menentukan sendiri bidang yang saya minati, tapi kini hasrat saya sudah tercapai.

Duit takda? Jangan risau pembaca sekalian, ambik macam saya. Saya ambil satu subjek je semester mendatang ni. Saya ambik dulu mana-mana subjek yang core (utama) dan murah.

Bila belajar ni kena ingat kita mesti jaga hubungan dengan majikan, keluarga dan dunia pelajaran baru ni. Jangan yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

Friday, June 18, 2010

What kind of value do you want when you travel?
  • kids travelling alone
  • travelling with family
  • business travellers
  • international flight
  • Asean flight
  • Domestic flight


All you need is here !!!

Log on to http://malaysia.youthsays.com/isaifuddinnabang/mas-traveller for more details




    1 Goal Education
    Today, 72 million children in the world are denied the chance to go to school. These children could be our next generation’s leaders, sports stars, doctors and teachers. But they face a lifelong struggle against poverty.

    1GOAL is a campaign seizing the power of football to ensure that education for all is a lasting impact of the 2010 FIFA World Cup. Raising our voices all over the world we believe that, together, we can make education a reality for the millions of boys and girls who remain out of school.

    Further information log on http://malaysia.youthsays.com/isaifuddinnabang/1goal

    Thursday, June 17, 2010







    Nike Cup Kuala Lumpur 2010, 5 vs 5 Street Soccer.

    The battle begins. Make your move, set the pace, dictate the game! Blah Kalau Goyah!

    Does your team have what it take to win a football trip to Brazil or an exclusive training program with Brasil Futsal Academy?

    Category 1: 14 – 16 years
    Category 2: 17 – 19 years

    Register & receive exclusive passes to watch Nidji, Bunkface, Pesawat & more at the Finals, Dataran Merdeka, 3 July 2010.


    Log on to :
    http://malaysia.youthsays.com/isaifuddinnabang/nike-cup
    ***

    Nike Cup Kuala Lumpur 2010, 5 vs 5 Street Soccer

    Pertarungan bermula. Rembat segala rentak, ayuh jagoan kita berentap. Tengoklah siapa tersentap. Berani? Blah Kalau Goyah.

    Mampukah pasukan anda memenangi hadiah utama pengalaman latihan bola sepak di Brazil atau program latihan eksklusif dengan Brasil futsal Akademi di Malaysia?

    Kategori 1: 14 – 16 tahun
    Kategori 2: 17 – 19 tahun

    Daftar sekarang & terima pas eksklusif untuk berhibur dengan Nidji, Pesawat, Bunkface & lagi di Grand Final, Dataran Merdeka, 4 petang

    Maklumat lanjut layari :
    http://malaysia.youthsays.com/isaifuddinnabang/nike-cup

    Wednesday, June 16, 2010


    Terdetik dalam benak fikiran saya sewaktu musim cuti persekolahan ni, ramai yang melangsungkan perkahwinan malahan ada juga yang membuat majlis pertunangan. Perkara sebegini memanglah sangat digalakkan dalam Islam apatah lagi gejala sosial yang semakin kronik dalam arus perdana melanda begitu hebatnya dari hari ke hari.


    Baiklah, point yang pertama merisik. Ini adalah step pertama yang biasanya orang Melayu buat sebelum pertunangan itu diadakan. Adat ini dikenali dengan wakil dari pihak lelaki datang bertandang ke rumah si perempuan dengan tujuan untuk mengetahui status perempuan tersebut samada ada "vacancy" atau "available" lagi ke tak? 

    Namun demikian, merisik ni terpulang kepada pihak perempuan sama ada perlu dibuat ataupun tidak. Wang? Ya, perlu sebab sebelum bertanya kena ada duit buka mulut. Hal ini berbeza antara negeri-negeri di Malaysia. Saya hanya menyatakan adat kebiasaan orang Melayu Sarawak sahaja.
    Tujuan merisik boleh dilihat seperti di bawah:

    • Langkah awal dalam proses memilih calon isteri yang sesuai dan menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh seseorang
    Point kedua bertunang. Lamaran dari seorang lelaki kepada seorang perempuan untuk dijadikan isteri. Hal ini boleh dilakukan melalui wakil pihak lelaki kepada wali (ibu bapa) si perempuan. Melihat trend di Barat, mereka melakukan proposal (tunang) dengan cara yang amat mudah sekali iaitu hanya membawa sebentuk cincin.

    Antara hadiah yang biasa diberikan sebagai tanda pertunangan adalah Al-Quran, sejadah, kasut, beg tangan, pakaian, coklat, kek dan sebagainya. Hadiah tersebut tidaklah dilarang asalkan tidak berlakunya pembaziran. Bak kata orang, ukur baju di tangan sendiri, tengok wallet nipis ke tebal...

    Point ketiga ialah wanita-wanita yang haram dipinang. Yang ni kena tahu jugak sebab jangan main bedal je nak pinang anak dara orang. Antaranya ialah:

    • Isteri orang. Ini kerana perempuan tersebut masih lagi mempunyai ikatan pernikahan yang sah dengan suaminya. Takda guna la sebab ramai lagi perempuan kat luar sana yang tak kahwin-kahwin lagi. Pilih saja mana yang berkenan. Insya Allah tuan akan dapat apa yang dihajati

    • Isteri yang masih dalam tempoh iddah (lepas cerai, ada tempoh masa untuk suami isteri rujuk kembali). Dalam masa iddah, memang tidak boleh pinang si isteri ni. Ini kerana beliau masih lagi dalam proses untuk re-construct atau menjernihkan keadaan. Mungkin perceraian berlaku kerana salah faham atau ada batu api disebalik tabir..

    • Tunang orang. Ini memang ada larangan dalam Islam "khitbah ála khitbah". Jika pertunangan tersebut diputuskan, maka tiada kesalahan untuk kita meminang.

    Point keempat ialah kesederhanaan dalam pertunangan. Apa-apa majlis atau keraian yang kita nak buat, pastikan semuanya mengikut kemampuan sendiri. Biarlah apa orang nak kata, janji kita ikut landasan yang betul serta tak canggah agama.

    Thursday, June 10, 2010


    Tajuk buku: Petunjuk Jalan Kekayaan

    Penulis : Dr Rusly Abdullah Ph.D

    Tahun : 2004

    Penerbit : Al-Ameen Serve holdings Sdn Bhd


    Komen:

    Tahniah saya ucapkan kepada penulis kerana berjaya menerbitkan sebuah lagi buku yang berkualiti dan bermutu. Saya menggemari teknik penulisan yang telah dilakukan oleh penulis. Secara tidak sedar, saya boleh menghabiskan buku ini dalam masa 1 hari sahaja.

    Antara huraian yang terdapat dalam buku ini ialah berkisar tentang kesusahan dan bebanan yang ditanggung oleh penulis tatkala bisness yang diusahakannya jatuh serta merubah kehidupannya sekeluarga. Perkara ini sering kita dengar akibat daripada perusahaan yang tidak mendatangkan keuntungan, sudah pasti bahana yang menunggu.

    Saya tertarik satu isi yang terdapat di dalam buku ini iaitu kekayaan bermula dengan menyimpan sebahagian pendapatan secara berterusan. Peribahasa Melayu ada menyatakan sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Namun , kita juga harus melihat secara mendalam perkara ini.

    Saya keluarkan isi yang saya maksudkan tersebut dalam bentuk gambarajah:

    $$$$$$
    Ke mana harus pergi ???
    1/10
    Simpan untuk dilupakan
    1/10
    Simpan untuk melunaskan hutang
    1/10
    Simpan untuk agama (termasuk zakat) dan sumbangan kemasyarakatan
    2/10
    Gunakan untuk keluarga
    1/10
    Gunakan untuk diri sendiri
    1/10
    Berikan kepada orang tua
    2/10
    Laburkan untuk digandakan semula
    1/10
    Laburkan untuk perniagaan yang sedia ada
    *Bahagikan kepada 10 bahagian

    Kesimpulannya, perbaikilah amalan berbelanja seharian kita. Jika defisit, lunaskan hutang-hutang terlebih dahulu agar baki yang ada menjadi surplus (lebihan)


    Tajuk buku: Rakan zakat Anda ...Menyingkap hijab ilmu dan amalan yang telah lama terpinggir

    Penulis: Hj Abg Mohd Shibli B Abg Mohd Nailie

    Tahun: 2005

    Penerbit: Hj Abg Mohd Shibli B Abg Mohd Nailie

    Komen:

    Sebuah buku yang harus dibaca oleh setiap masyarakat tanpa mengira latarbelakang pendidikan. Dont judge the book by its cover! Walaupun buku ini hanya memaparkan grafik yang biasa sahaja, namun isi kandungannya begitu bermanfaat untuk kita amati dan ambil iktibar.

    Kandungan yang terdapat di dalam buku ini merupakan hasil pemerhatian dan kejadian yang betul-betul berlaku dalam masyarakat kita. Sudah tentu bab zakat kurang diperkatakan oleh kita, namun penulis buku ini telah berjaya menyediakan suatu bahan pembacaan yang mudah untuk difahami dan digarap segala isi kandungannya.


    Bab-bab yang terkandung di dalam buku ini amat menarik sekali dan sudah tentu tajuk yang ingin diperkatakan tidak terlepas dari menyentuh sedikit sebanyak berkenaan dengan zakat. Antaranya ialah :
    • Apabila search berdendang
    • Al-kisah Si Pak Awi Buta
    • Rela bergadai demi anak
    • Adakah ini kebetulan atau ....?
    • Surat yang menyentuh perasaan

    Terdapat beberapa kisah yang diceritakan di dalam buku ini membuktikan bahawa jika kita menunaikan zakat, sudah tentu rezeki kita bertambah-tambah. Mungkin ramai antara kita yang tidak menyedari bahawa menunaikan zakat (terutama zakat pendapatan) itu semudah ABC. Hanya isi borang dan hantar.

    Sebagai kesimpulannya, zakat itu perlu dilaksanakan oleh semua umat Islam bagi membangunkan kemajuan umat Islam itu sendiri. Berikut saya sertakan jadual potongan gaji bagi tujuan zakat (Baitulmal Sarawak)

    KAEDAH 1
    (KAEDAH PENDAPATAN KASAR)
    1. Jumlah pendapatan kasar sebulan







    2. Pendapatan kasar setahun yang layak zakat ialah mesti melebihi nisab iaitu RM3000.00 ke atas
      *(Jumlah A) x 2.5% = Potongan zakat sebulan
    RM3000.00

    RM3000.00 x 2.5%
    =RM75.00

     
    *Sumber Baitulmal Sarawak ( setakat Jun 2010)

     
    KAEDAH 2
    (KAEDAH PENDAPATAN BERSIH)
    1. Jumlah pendapatan kasar sebulan (Gaji + Elaun + Bonus)

      (Tolak)








      1. Keperluan asasi hidup sebulan
      2. KWSP (Jika ada)
      3. Caruman tabung haji
      4. Sumbangan kepada ibu bapa
      5. Sumbangan Baitulmal / Statutori
      6. Rumah
      7. Kenderaan
      8. Lain-lain








    2. Pendapatan yang layak zakat ialah (Jumlah A – Jumlah B)
      (Jumlah C hendaklah melebihi nisah iaitu RM3000.00 ke atas)









      Zakat yang wajib dibayar adalah seperti berikut:
      (Jumlah C) x 2.5%
    RM3000.00



    RM...............
    RM...............
    RM...............
    RM...............
    RM...............
    RM...............
    RM...............
    RM...............


    RM...............




    RM...............
    *Sumber Baitulmal Sarawak ( setakat Jun 2010)

    Bagi memudahkan pembayar zakat pendapatan melalui potongan gaji baik secara bersih mahupun kasar, pembayar dinasihatkan untuk membayar pada kadar potongsn mengikut angka genap seperti dalam jadual di bawah

     

    PENDAPATAN KASAR ATAU BAKI PENDAPATAN BERSIH SEBULAN (RM)

    PERUNTUKAN ZAKAT SEBULAN

    POTONGAN YANG DICADANGKAN
    400.00
    10.00
    10.00
    450.00
    11.25
    12.00
    500.00
    12.50
    13.00
    600.00
    15.00
    15.00
    700.00
    17.50
    18.00
    800.00
    20.00
    20.00
    900.00
    22.50
    23.00
    1000.00
    25.00
    25.00
    1500.00
    37.50
    38.00
    2000.00
    50.00
    50.00
    3000.00
    75.00
    75.00
    4000.00
    100.00
    100.00
    5000.00
    125.00
    125.00
    DAN SETERUSNYA....

    *Sumber: Baitulmal Sarawak

    Monday, June 7, 2010


    Tajuk buku: OKB! Orang Kaya Bertaqwa.. Kisah hidup dan renungan yang telus untuk mengenal erti dan mencapai hakikat kekayaan

    Penulis: Dr Rusli Abdullah Ph.D

    Tahun: 2006

    Penerbit: Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd


    Komen:

    5 bintang saya berikan kepada penulis buku ini!! Isi kandungan buku yang sarat dengan norma kehidupan seharian manusia. Menceritakan tentang liku-liku yang pernah ditempuhi oleh seorang penulis dalam mengejar impian untuk menjadi seorang yang berjaya.

    Konsep yang diperkenalkan di dalam buku ini telah membuka minda saya tentang betapa kerdilnya saya di dalam bidang perniagaan. Antara yang ingin saya sebutkan ialah mengeratkan silaturrahim (hubungan sesama manusia). Dalam perniagaan, kita tidak akan mampu berdiri dengan sendirinya jika tidak menjaga hubungan sesama manusia. Bahkan dalam budaya kerja syarikat di Jepun, mereka menganggap bahawa semua pihak adalah bertanggungjawab dalam membangunkan syarikat tersebut.


    Disamping itu, beberapa tips untuk berjaya telahpun disajikan dengan menggunakan gaya bahasa penulis yang berbentuk penceritaan. Saya ingin mengambil contoh iaitu perusahaan (bisnes) si penulis tidak berkembang sepertimana 2 orang rakan segurunya iaitu Budiharto dan Benny. Dan pada saat-saat terakhir, gurunya telah memperkenalkan teori "Lipat ganda" (sistem francais) iaitu menggunakan 1 produk, tetapi banyak cawangan.

    Dari sudut agama pula, saya melihat bahawa penulis menerapkan nilai-nilai murni yang sangat mulia seperti hormat kepada guru, menghargai setiakawan, berusaha memajukan diri dan tidak melupakan kewajiban yang telah ditentukan oleh agama. Perkara seperti ini memang sangat dilupakan oleh kebanyakan manusia terutama umat Islam. Bila terlalu banyak nikmat yang dikecapi, hidup semakin menghambakan diri kepada dunia sehingga terlupa matlamat yang sebenar. Ingatlah bahawa, jika kita mengejar akhirat, dunia pun kita akan dapat (sila baca dengan lanjut ; ulasan ini saya gunakan ayat sendiri / I use my own interpretation). 

    Secara kesimpulannya:
    *manusia hanya mampu merancang, tetapi Allah sahaja yang berhak menentukannya
    **Pelajarilah ilmu perniagaan dari tokoh-tokoh yang berjaya dan mempunyai akhlak yang mulia
    ***Jangan mudah putus asa, kerana ramai tokoh yang berjaya sudah jatuh berkali-kali, namun tidak sesekali kegagalan itu meranapkan impian dan cita-cita mereka!!!
    ****Saya galakkan anda membaca buku ini dengan lebih mendalam kerana isinya berjaya membuka minda dan merangsang sanubari..


    Tajuk buku: Klik untuk kaya 8 Rahsia Jutawan Siber untuk semua

    Penulis: Rosli Jamal

    Tahun: 2005

    Penerbit: Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd


    Komen:

    Buku ini amat sesuai untuk bacaan awal dalam menceburi keusahawanan dalam bentuk siber. Secara keseluruhannya buku ini memberikan panduan secara berperingkat bagaimana untuk melakar kejayaan dalam dunia perniagaan berbentuk alam maya.

    Idea yang diberikan oleh penulis sangat mudah difahami dan contoh-contoh yang diberikan sangat mudah. Cuma idea tersebut haruslah diolah semula oleh pembaca atau usahawan agar mereka dapat menghasilkan produk yang mampu berdaya saing.


    Yang menariknya buku ini banyak memberikan url yang boleh dijadikan panduan kepada pembaca. Walupun buku ini diterbitkan pada tahun 2005 (sekarang sudahpun 2010), saya percaya maklumat yang terdapat dalam buku ini masih ada lagi yang relevan.

    Sebagai tambahan, saya mencadangkan agar usahawan siber perlulah mengetahui bahawa pembinaan laman web (website) itu bukanlah sesuatu yang amat mudah kerana kita perlu mempelajari banyak perkara.

    Sebagai saranan, bukalah sebanyak mungkin laman web supaya dapat kita jadikan rujukan dan kajilah kekuatan dan kelemahan laman tersebut. Dari sinilah anda akan belajar banyak perkara!

    Jika anda masih belum mahir dalam perkara ini, saya mencadangkan anda bermula dengan menjual barang atau produk anda di ebay. Saya sendiri telahpun bermula dari ebay. Melalui ebay, kita dapat melihat kebolehpasaran (marketable) barangan kita secara domestik mahupun global. Kosnya murah dan ada antaranya percuma!

    Secara kesimpulannya bolehlah rujuk jadual dibawah ini:
    Jalan kejayaan
    Kos
    Kemahiran
    Solusi?
    Website
    Percuma/Masa
    Berbayar/Masa
    Cari Domain, webhosting yang baik, SEO, Affiliate, newsgroup, Cpanel, html,css, adobe photoshop, flash, autoresponder, dll...
    Kena belajar
    Kena mula
    Blog
    Percuma/Masa
    Gaya penulisan,join group Blogger, cari peminat, SEO, dll...
    Kena belajar
    Kena mula
    Ebay
    Percuma/Masa
    Pembayaran melalui Paypal, mengepos barang melalui Pos Malaysia, DHL, Fedex, dll...
    Kena belajar
    Kena mula
    Offline
    (Jual macam biasa)
    Percuma/
    Berbayar/Masa
    Promosi barang, cari pelanggan, sewa kedai, upah pekerja, daftar syarikat, dll...
    Kena belajar
    Kena mula

    *Tidak ada kejayaan yang mudah dalam perniagaan.
    **Anda harus peruntukkan masa untuk mempelajari ilmu perniagaan
    ***Seimbangkan antara perniagaan, keluarga, ibadah dan perkara lain
    ****Berikan masa untuk anda digest@hadam dengan halangan yang selalu dihadapi oleh usahawan siber...