Friday, August 13, 2010

Sebuah filem yang sangat menyayat hati bagi sesiapa sahaja yang menontonnya. Kisah seorang bapa yang mempunyai ketidakupayaan (developmental disability) yang membataskan peranannya dalam mendidik seorang anak yang semakin membesar dan berkembang pemikirannya.

Perkara ini bertambah rumit apabila pihak kebajikan telah mengambil keputusan untuk menyerahkan hak jagaan (custody) kepada keluarga angkat yang lebih berkelayakan. Dengan keupayaan dan kemampuan yang terbatas, Sam Dawson (dilakonkan oleh Sean Penn) mencari peguam untuk membantu beliau mendapatkan semula hak penjagaan ke atas anak perempuannya.

Antara pengajaran yang boleh diambil dalam filem ini ialah:

1. Kasih sayang itu tiada batasnya

Haiwan yang tidak berakal sekalipun, tidak akan membiarkan anaknya mati kelaparan ataupun diancam oleh sesuatu anasir jahat. Inikan pula seorang manusia yang mempunyai akal fikiran oleh tuhan yang Esa. Sudah tentu bapa yang mendalam kasihnya pada anak, tidak sanggup membiarkan anaknya hidup kesepian.

Antara babak yang paling menyentuh jiwa saya ialah ketika si anak (Lucy lakonan Dakota Fanning) enggan membaca buku cerita dihadapan ayahnya. Ini disebabkan Lucy hanya mahu membaca jika bapanya mengajarkan perkataan tersebut kepadanya walaupun pada ketika itu dia memang sudah boleh membaca.


2. Kecerdikan vs ilmu keibubapaan

Anak yang pintar tidak semestinya datang dari ibu bapa yang tinggi IQnya. Tetapi ilmu keibubapaan yang baik mampu membentuk seseorang anak itu berkembang dan membesar menjadi insan yang seimbang dalam semua segi.

3. Jiwa manusia memerlukan kasih sayang

Manusia dianugerahkan dengan suatu fitrah untuk berkasih sayang. Walaupun seorang anak diberikan segala-galanya bermula dengan pendidikan semenjak usia 4 tahun, tuisyen selepas sekolah, pakaian yang serba lengkap, makanan yang seimbang....jika tidak diisi dengan kasih sayang, jiwanya akan kosong dan akan dipenuhi dengan unsur-unsur yang merosakkan seperti dendam, amarah, kesunyian dan sebagainya.

Untuk maklumat yang lebih lengkap berkaitan dengan filem ini, anda boleh layari link yang berikut:

http://en.wikipedia.org/wiki/I_Am_Sam

http://www.imdb.com/media/rm1206425856/tt0277027




Thursday, August 5, 2010

Bulan Ramadhan merupakan bulan untuk semua umat Islam beribadah. Segala pintu keampunan dan rahmat terdapat dalam bulan yang penuh dengan barakah ini. Namun apa yang menyedihkan, ada sahaja pengorbanan yang tidak sepatutnya berlaku di dalam rumahtangga.

Apabila ditanya kepada isteri  “Mengapa tak buat tarawih secara berjemaah kat surau?”

Jawab isteri “Mana nak buatnya, suami dah pergi, siapa lagi nak jaga anak-anak”

*Keadaan di atas sepatutnya  win-win situation  kerana Ramadhan hanya setahun sekali dan suami isteri kalau boleh digalakkan sama-sama mendapat fadhilat Ramadhan

*Biarlah suami  isteri itu beroleh pahala yang diganjari oleh Allah SWT bersama-sama

 

Antara solusi / cadangan yang boleh kita lakukan terhadap masalah ini ialah dengan mewujudkan suatu kaedah giliran dalam solat tarawih. Sila rujuk jadual di bawah.

Rakaat (Tarawih)

Suami

Isteri

2

Solat tarawih berjemaah

Jaga anak kecil

4

6

Jaga anak kecil

Solat tarawih berjemaah

8

10

Solat tarawih berjemaah

Jaga anak kecil

12

14

Jaga anak kecil

Solat tarawih berjemaah

16

18

x

y

20

 

*Suami dapat melaksanakan 8 rakaat , begitu juga isteri 8 rakaat (rakaat yang selebihnya terpulanglah kepada pasangan terbabit untuk menentukan ibadah apa yang mereka dapat kerjakan –Contoh: berzikir, baca Al-Quran)

*Dinasihatkan agar mencari surau / masjid yang memudahkan pertukaran ini dilakukan

*Cadangan yang dikemukakan ini hanya merupakan satu ilustrasi dan cadangan, terpulanglah kepada pembaca untuk melakukan / memurnikan cadangan yang dikemukakan

*Sebarang komen amat dialu-alukan. Selamat menjalani Ramadhan al-Mubarak

[Sumber : Dioalah semula hasil dari sembang-sembang di Radio IKIM]

 

Wednesday, August 4, 2010

Anda ingin mempelajari dan mengalami sendiri keadaan sebenar sesebuah pelaburan?  Tiada modal atau pengalaman? Tiada peluang dan ruang menceburi sesuatu yang anda inginkan?
Usah risau, ini bukan program  Forex Trading yang memperdagangkan mata wang tetapi satu pertandingan yang dikendalikan oleh sebuah syarikat yang tersohor di Malaysia iaitu OSK dan semua pelajar kolej mahupun universiti di seluruh Malaysia layak untuk menyertai pertandingan ini.
Pertandingan ini akan diadakan bermula 16 Ogos hingga 1 Oktober 2010.  Anda akan bermula seawall 8.30 pagi, berehat pada tengaharinya serta habis pada jam 5.30 petang.  Ini seumpama anda menjadi ahli pelaburan yang sebenar.


Menariknya ialah, anda akan memperdagangkan stok pasaran (stock market) yang sebenar yang terdapat di Malaysia dan seterusnya mengembangkan pelaburan anda.  OSK Investment Bank telah memberikan peluang terbuka ini kepada pelajar-pelajar untuk mengalami serta mempelajari selok belok pelaburan tanpa perlu mengalami kerugian atau kehilangan duit mereka.
Hadiah tunai dan hadiah mingguan menanti anda. Sijil penyertaan juga turut diberikan mengikut tahap pencapaian seseorang pelajar seperti yang berikut:

Certificate of Participation

Certificate of Participation
This certificate will be awarded to players who log in to play the game throughout the duration of the competition for at least 75% of total trading days.
Certificate of Participation (Merit)
This certificate will be awarded to players who log in to play the game throughout the duration of the competition for at least 75% of total trading days and have achieved an absolute increase in value in their portfolios of between 5% to 19%.
Certificate of Participation (Distinction)
This certificate will be awarded to players who log in to play the game throughout the duration of the competition for at least 75% of total trading days and have achieved an absolute increase in value in their portfolios of 20% and more.

Anda ingin mengetahui lebih lanjut? Terus ke link yang berikut http://malaysia.youthsays.com/isaifuddinnabang/oskic