Sunday, March 27, 2011

Setiap bulan kita terima gaji hasil pekerjaan yang kita kerjakan. Maka acap bulan yang mendatang, kita akan membeli barangan dan perabot baru. Tiada perkara yang kurang di dalam rumah kita yang serba indah.

Namun sejauh mana kita ingatkan ibunda kita yang tersayang? Adakah kita sering menziarahinya setiap hari? Setiap minggu? Setiap bulan? Atau setiap tahun?

Pesanan ahli bijak pandai "Ibu hanya ada satu bagi setiap insan yang bergelar manusia, maka hargailah yang satu itu!"

Paling mudah, anda letaklah 1 tabung di rumah ibu anda, setiap kali anda melawatnya, masuklah duit ke dalam tabung tersebut. Insya-Allah duit tersebut akan menjadi banyak. Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.



Monday, March 14, 2011

Islam itu agama yang indah. Tiada siapa yang mampu menyangkal akan kebenarannya.Kali ini saya akan berkongsi satu isu kekeluargaan iaitu "Tatkala perceraian,  ramai yang kembali kepada agama asal".
 
Percintaan yang bermula dengan kata-kata manis atau janji-janji sehidup semati bukanlah tiket untuk berkekalan hubungan suami isteri.  Di zaman yang serba canggih ini, apa-apa sahaja boleh menggugat keimanan dan menggoyahkan perhubungan suami isteri.

Lantaran tekad serta keazaman untuk hidup bersama, ramai antara masyarakat yang bukan Islam memeluk Islam.  Kemudian barulah akad nikah dapat dilakukan.  Tangungjawab sebagai suami isteri perlu dilaksanakan, disamping menjaga akidah yang suci.

Namun ada antara kita yang mengambil mudah perkara ini. Lafaz dua kalimah syahadah hanya kedengaran ketika memasuki Islam, namun terus dilupakan setelah beberapa ketika selepas itu.  Ini adalah tidak bertepatan dengan maksud sebenar kalimah yang dilafazkan suatu ketika dahulu.

Jika berlaku perceraian, ada antara pasangan yang lepas tangan kepada pasangan mereka yang baru memeluk Islam "setahun jagung" itu.  Keadaan ini bertambah buruk sekiranya si isteri ditinggalkan begitu sahaja tanpa sebarang khabar berita, umpama gantung tak bertali.

Hati siapa tak keruan jika ditinggalkan tanpa sebarang bimbingan? Tambahan lagi keluarga si isteri kebanyakannya bukan Islam.  Sudah tentu pengaruh mereka adakalanya lebih cenderung memujuk si isteri mahupun anak-anak yang ditinggalkan supaya kembali ke agama asal kerana tiada siapa lagi yang membela mereka.

Marilah sama-sama kita kembali kepada dakwah yang sebenar agar perkara ini tidak berulang lagi di masa akan datang. Amin.

Sunday, March 13, 2011

Menyiapkan diri dari segi fizikal dan emosi amat penting dikala musim peperiksaan.  Namun, aspek pemakanan juga tidak harus dipandang ringan jika pelajar menghadapi peperiksaan yang lebih utama seperti UPSR, PMR, SPM dan STPM bagi tahun 2012 ini.
 
Berikut adalah tips pemakanan yang boleh dijadikan panduan oleh ibu bapa, guru dan pelajar:

  • Makan makanan yang seimbang.  Jika peperiksaan tersebut diadakan pada sebelah pagi, maka janganlah lupa bersarapan.  Di dalam sarapan tersebut, hendaklah disertakan makanan yang mengandungi protein dan juga buah-buahan

  • Ambil makanan yang kaya dengan protein seperti telur, kacang dan yogurt semasa sarapan dan makan tengahari.  Makanan yang diambil ini mampu memberikan khasiat yang yang berpanjangan

  • Ambil sarapan yang ringan.  Jika anda makan secara berlebihan atau mengambil makanan yang berat, dikhuatiri anda akan mengantuk.

  • Elakkan dari mengambil kafein sebagai ganti untuk sarapan

  • Sediakan snek yang berkhasiat seperti protein bar atau fruit bar diantara waktu senggang (jika terdapat jarak antara kertas pertama dan kedua)

  • Amalkan pengambilan multivitamin setiap hari.  Vitamin B dan Omega 3 adalah baik untuk otak

  • Minum air secukupnya.  Badan akan menjadi lesu sekiranya anda kekurangan air dan ini boleh menyebabkan anda hilang fokus semasa peperiksaan

 
The most powerful earthquake ever recorded in Japan has caught attention worldwide.  It has devastated buildings and torn apart houses and buildings.  In addition, there also a tsunami smashes into northeastern Japan and killed hundreds of people.  

*I want to condolence those families that lost their beloved son, daughter, parent and whoever they love

Friday, March 11, 2011

Tingkah laku pelajar yang pelbagai memberikan cabaran kepada para pendidik.  Adakalanya tingkah laku pelajar mengganggu aktiviti pembelajaran di dalam kelas.  Dengan adanya beberapa tindakan awal dari guru (tindakan proaktif), guru terbabit mampu mengubah keadaan yang hingar bingar menjadi suatu situasi yang kondusif dan selesa untuk proses P&P.

Berikut adalah beberapa cadangan bagi menghadapi sesi P&P yang memenatkan:
  • Susun atur kelas
Susun atur kelas yang tidak baik akan mengakibatkan kebarangkalian berlakunya gangguan semasa P&P.  Sebaik-baik susunan dalam kelas ialah susunan meja dan kerusi yang tidak terlalu dekat dan tidak pula terlalu jauh.  Ini bermakna, minimumkan pergerakan pelajar jika teknik pengajaran anda melibatkan kaedah syarahan mahupun penerangan.  Namun demikian, bagi kaedah pengajaran berbentuk permainan, pergerakan pelajar boleh dikawal dengan memberikan arahan yang jelas serta tersusun.

  • Mengenalpasti tingkah laku yang menjadi punca masalah 
Kenalpasti tingkah laku pelajar dan corak tindak-tanduk pelajar yang sering menimbulkan masalah di dalam kelas anda.  Kenalpasti ciri-ciri ini dari awal lagi dan cuba rangka apakah kesan tingkah laku pelajar terbabit terhadap kelas secara keseluruhannya.  

Analisis apakah punca serta ubah kedudukan kelas dari  masa ke masa.  Disamping itu, anda terapkan nilai-nilai murni seperti hormatkan guru, kasihi ibu bapa, hargai harta benda sekolah dan sebagainya di dalam pengajaran anda.  Libatkan juga pihak atasan, guru lain dan ibu bapa supaya permasalahan semasa P&P tidak berulang lagi
  • Peraturan dan prosedur
Anda perlu menetapkan peraturan di dalan kelas (terutama pada kelas pertama anda).  Jadikan segala peraturan yang ditetapkan dan dipersetujui bersama itu menjadi rutin seharian apabila mereka menjejakkan kaki ke sekolah.


Terangkan bagaimana jika hendak berinteraksi dengan guru, berhubungan sesama rakan kelas serta menjauhi perbuatan yang boleh merosakkan komunikasi seharian seperti mengeluarkan kata kesat dan sebagainya.  Wujudkan suatu keadaan di mana kesemua pelajar perlu mematuhi serta mengikuti peraturan kelas yang telah ditetapkan bersama itu.

Malah, sikap bertanggungjawab di dalam diri pelajar boleh dibentuk sekiranya guru mengamanahkan setiap pelajar agar selalu menasihati rakan sekelas mereka andainya mereka melanggar peraturan kelas.  Perhubungan yang baik di dalam kelas ini mampu merubah situasi kelas yang tegang menjadi aman dan kondusif.
  • Ganjaran
Berikan sedikit ganjaran ataupun pujian terhadap pelajar anda sekiranya mereka mempunyai peningkatan dari segi sakhsiah dan keperibadiaan mereka.  Ganjaran ini akan menjadi suatu penghargaan di atas usaha mereka untuk membaiki diri sendiri.  Perlu diingatkan bahawa, hadiah terbabit tidak semestinya mahal, cukuplah sekadar kecil tetapi bermakna!

*Artikel ini diolah semula berdasarkan situasi pendidikan di Malaysia.  Idea asal dari Samantha Lowe

Sunday, March 6, 2011

Pelajar perlu diberikan kepercayaan agar mereka mempunyai keyakinan terhadap diri sendiri.  Sekiranya pelajar diberikan peluang untuk meningkatkan cara mereka bertindak, guru seharusnya memberikan peluang tersebut kepada anak didik mereka.

Sebagai huraian saya bawakan beberapa contoh seperti di bawah:

Pelajar gugup semasa mebentangkan hasil kerja mereka di hadapan kelas

Keadaan ini biasanya berlaku semasa P&P yang melibatkan pembentangan hasil kerja setelah perbincangan dalam kumpulan diadakan.  Jika pelajar anda gugup di hadapan kelas, anda perlu maklumkan kepada pelajar yang lain agar mereka memberikan kerjasama terhadap pelajar tersebut.

Berikan tepukan kepada pelajar tersebut setelah selesai beliau membentangkan hasil kerja.  Langkah ini sangat penting supaya pelajar tersebut merasakan bahawa hasil kerja mereka dihargai.  Terdapat 2 tindakan guru sejurus selepas itu iaitu memberikan peneguhan ataupun kritikan membina.

Pelajar tidak yakin dengan kebolehan sebenar mereka

Semasa aktiviti sukan ataupun situasi di luar kelas, pelajar lebih cenderung untuk beeperlakuan pasif (tidak aktif).  Sebagai contoh, semasa sukan lompat tinggi, ada antara pelajar yang tidak dapat melakukan lompatan dengan cara yang betul.

Maka, guru perlulah menunjukkan cara melompat dengan betul terlebih dahulu agar pelajar yakin dengan kebolehan masing-masing.  Dengan cara ini, keyakinan dalam diri pelajar dapat dibentuk secara tidak langsung.