Thursday, December 29, 2011

Berikut adalah tips perniagaan yang boleh kita ambil dari seorang korporat Islam yang amat tersohor dalam bidang perniagaan iaitu Saidina Abdul Rahman Bin Auf:

  • Sikit, tapi untung
Konsepnya mudah, untung sedikit tetapi dalam kuantiti yang banyak. Setibanya Saidina Abdul Rahman berhijrah dari Mekah ke Madinah, beliau ditawarkan oleh seorang saudaranya yang baru sama ada mahu memiliki kekayaan atau isterinya, namun beliau lantas memilih agar ditunjukkan sahaja di mana letaknya pasar.

Dari situ, beliau memulakan perniagaan menjual unta. Harga unta yang dijual hanya 1000 dirham (tiada untung kerana harga kos unta adalah 1000 dirham juga!).

Cuba teka? Di mana keuntungan itu diperolehi? Jawapannya, beliau hanya mengambil untung atas jualan tali yang mengikat unta tersebut!  Bayangkan beliau dapat menjual 1000 ekor unta dalam masa sehari sahaja. Untungnya? 1000 upah tali x 1 dirham = 1000 dirham

  • Banyakkan sedekah atau infak
Berapa ramai antara kita yang selalu bersedekah apabila mendapat kesenangan? Bilasudah mahu miskin, baru terlintas ingin bersedekah? Itu adalah konsep yang salah, seharusnya kita bersedekah ketika senang dan sihat!  

  • Usaha secara berterusan
Kita lihat kekuatan jiwa yang dimiliki oleh Saidina Abdul Rahman dalam berniaga. Dalam peristiwa Hijrah, beliau sanggup tinggalkan kekayaan semata-mata menyahut seruan Hijrah. Namun, beliau cepat-cepat berusaha mengubah nasib diri setibanya di Madinah berbekalkan modal yang ada. Kita juga harus bersikap sedemikian, jangan mudah mengalah jika bankrup atau gulung tikar.
  • Keyakinan yang jitu kepada Allah
Orang beriman dan bertakwa yang kaya adalah mereka yang senantiasa memiliki keyakinan bahawa segala usaha yang mereka kerjakan pasti mendapat keberhasilan tidak kira cepat atau lambat, sedikit atau banyaknya untung.

Semoga kita beroleh manfaat.. Amin

Sunday, December 25, 2011


Salam saudara dan saudari, anda masih mencari website tempatan untuk promosikan homestay, bilik untuk disewa (short term) ataupun budget hotel? Kini anda boleh melakukannya dengan mudah melalui HomeStayr.my yang mana ditujukan khas untuk para pengguna tempatan untuk menyenaraikan homestay, bilik jangka pendek dan budget hotel untuk disewa melaluinya.
 


Antaramuka utamanya juga turut memudahkan para pengguna mencari bilik mengikuti lokasi dengan mudah. Dengan design yang ringkas serta perkhidmatan 'listing' percuma, nyata memberi banyak kemudahan kepada pengguna. Sila kunjungi HomeStayr.my untuk maklumat lanjut.

Saturday, December 24, 2011

Banyak teknik yang telah dibincangkan oleh pakar blog di dalam penulisan mereka.  Ada  yang telah mendapat pendapatan yang berlipat kali ganda tanpa had hampir setiap hari.  Pada penulisan kali ini, saya akan memberikan tipsmembuat duit dengan blog anda secara percuma:

  1. Anda memiliki sesuatu yang orang lain perlukan
Dalam blog, ada perkara yang sering dilupakan oleh penulis blog iaitu pembaca memerlukan sesuatu dari blog mereka.  Sebagai contoh, jika pembaca inginkan tips berkenaan cara penjagaan kereta, sudah tentu blog yang mempunyai tips tersebut akan dilawati dan pembaca bersungguh-sugguh untuk memahami artikel anda.

Contoh yang lain adalah seperti blog yang memberikan tips-tips pembinaan blog, cara meningkatkan SEO, kod-kod widget akan mudah dilawati oleh pembaca yang lain kerana mereka memerlukan panduan untuk membina blog masing-masing. Sebagai contoh anda boleh lihat blog Calipso.

Selain itu, jika blog anda mempunyai isi kandungan ataupun meliputi sesuatu topik dengan spesifik, kebarangkalian blog anda akan dilawati menjadi semakin tinggi.  Sebagai contoh, blog Pak Dani sesuai untuk mempelajari tatabahasa (grammar) dalam Bahasa Inggeris.  Maka, mereka yang ingin mempelajari Inggeris, boleh merujuk blog ini.

Jika anda seorang yang sukakan gaya atau fesyen maka anda secara automatik akan mencari blog yang menjual busana Muslimah seperti Diana Tailor.  Dalam blog ini juga ada memberikan perkhidmatan seperti menjahit baju dan juga menjual e-book mengenai cara menjahit baju secara mudah.  Nah, anda lihat bahawa tidak ada limitation (had) yang boleh dimuatkan dalam satu-satu blog anda.

Kesimpulannya, anda harus mencari apa yang orang lain inginkan, barulah anda dapat membuat duit dengan mudah. Blog bukan hanya sekadar tulisan kosong sahaja. Sehingga kita bertemu lagi dalam artikel yang akan datang.